PM Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak

PM Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
Umara'

PM Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak

PM Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
Umara'

Selasa, 16 September 2014

TAAT SETIA RAKYAT KUALA LANGAT 2014


16 September 2014 hari Isnin bersamaan 21 Zulqaedah 1435
telah diadakan Gerak Daulat (Himpunan Rakyat Kuala Langat) menjunjung titah DYMM Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj Ibni Al Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj. Gerak Daulat ini bertujuan bukti kasih rakyat terhadap Ketua Negeri ini Selangor Darul Ehsan agar Institusi Beraja ini tidak diusik sama sekali dan dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Lebih dari 2,000 orang hadir menunjukan kesetiaan tidak terbelah bagi Sultan Selangor. Dihadiri kalangan anak muda konvoi bermotor, konvoi kereta dan terutamanya rakyat sekitar Kuala Langat pelbagai kaum dan agama.

Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Laungan ini kedengaran acapkali bila para hadirin dan hadirat penuh semangat berdiri dan mengangkat tangan tanda cinta kasih pada Negeri ini yang dinaungi Ketua Negeri Sultan Selangor. Turut hadir Orang Besar Daerah Kuala Langat Raja Dato Haji Uzair bin Tengku Zainon Rashid Shah, Engku Penggawa Muda Paduka Maha Bijaya. Juga diserikan dengan kehadiran pimpinan Dato Haji Sulaiman bin Mohd Karli, Ketua Wanita Puan Rozana binti Kamaruzzaman, Ketua Pemuda Tuan Jeffrizal bin Mohd Jaafar, Ketua Puteri Cik Asuma Beevi bin Mohamed Sali, Pengerusi MBD (Majlis Belia Daerah) Kuala Langat Tuan Hafez bin Shuriddin, PERKASA Negeri Selangor dan juga pimpinan MIC,Gerakan dan MCA Bahagian Kuala Langat.




Semangat yang ditunjukan amat luar biasa walau berkeadaan basah kuyup terutamanya konvoi bermotor anak muda dari 3 Dun iaitu Dun Sijangkang, Dun Telok Datok dan Dun Morib seramai 300 penunggan motorsikal. Kalangan anak muda puteri pula konvoi berkereta sebanyak 50 buah kereta berjaya dikumpulkan. Majlis yang dilaksanakan di Padang SMK Telok Panglima Garang, dimulakan bacaan Doa, Nyanyian lagu Negara Ku dan Negeri Selangor. Pengacara Majlis dikendalikan oleh Tuan Rahman Yassin. Ucapan penuh bersemangat pimpinan sedia ada menyemarakan lagi diri Rakyat Kuala Langat khasnya kerana setia berdiri dibelakang Tuanku Sultan Selangor dan sanggup mempertahankan institusi beraja ini dari mereka yang tidak bertanggungjawab. Juga sebutan IKRAR Taat Setia dibacakan oleh Ketua Pemuda Tuan Jeffrizal bin Mohd Jaafar dan penyerahan utusan IKRAR Taat Setia kepada Orang Besar Daerah Kuala Langat.


Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Kami AJK BHEAWU Pemuda UMNO Kuala Langat, siapa pun umara' / pemimpin perlu ditaati selagi ia masih menunaikan solat dan sekiranya beliau (yakni pemimpin) melakukan perkara yang melampaui batas / maksiat. Tegurlah seperti baginda Nabi Muhammad SAW bukan mengikut hawa nafsu tanpa panduan. Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan