Alhamdulillah,
Segala Pujian Bagi ALLAH,
Telah mengadakan pertama kali dalam Biro Hal Ehwal Islam & Wasatiyyah Ummah Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat berjaya diadakan untuk memanfaatkan ilmu dan mengamalkan cara hidup muslim sejati.
Majlis Taalim / Majlis Ilmu :
Berkenaan Ilmu Tauhid / singkatannya i.t adalah ilmu yang wajib dipelajari untuk mengenal Allah. Perlu diterapkan dalam diri setiap muslim bahawa Allah jadikan kita dan alam ini untuk kita berfikir tentang kebesaran dan wujudnya Ia. Tujuan Majlis Ilmu bersiri ini bertajuk Allahu Rabbi "tak kenal maka tak cinta" memberi kefahaman jelas agar keyakinan kita kepada Allah termasuk dalam Rukun Iman yang pertama Percaya Kepada ALLAH.
Penerangan :
Terima kasih terutama Keluarga En.Amirrudin bin Haji Wiji dan isteri Puan Norhayati binti Jasman kerana telah meletakan kepercayaan kepada kami BHEAWU untuk majlis taalim yang akan diadakan sekali dalam setiap bulan di Laman Santai 3triwulan (rumahnya). Kesanggupan membiayai Penceramah, makan minum, edaran, pa sistem dan selainnya. Semoga Allah beri rahmat dan berkat keatas keluarga ini.
Penerangan 2 :
Makluman ianya tiada kaitan menceritakan perihal POLITIK tetapi lebih utama saranan ilmu agama yang disampaikan oleh penceramah dan tujuan sebenar ialah menjadikan ilmu dan mengamalkan ia dalam konteks menjadi muslim sejati. Berusaha mendapatkan kebenaran dari pihak polis / PDRM dan bekerjasama dengan penceramah bertauliah dibawah Jabatan Agama Islam Selangor. Biro ini dipertanggungjawabkan untuk pengurusan dan pengendalian program berjalan dengan baik.
Perjalanan Program :
| Tuan Penaja Junur Budi |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan