![]() |
| Logo Awal (BHEAWU) |
Assalamualaikum wbt....
Salam Perjuangan Salam 1Malaysia,
Alhamdulillah segala pujian bagi Allah yang telah mengurniakan kepada hambanya pelbagai nikmat untuk disyukuri bersama. Marilah bersama kita perbanyakkan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Kami Biro Hal Ehwal Islam & Wasatiyyah Ummah pimpinan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat. Pengerusinya Al Fadhil Ustaz Abdul Rahman bersama Naib Pengerusi Tuan Shahrom merupakan Exco Pemuda UMNO Bahagian.
Sekalung penghargaan buat Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat Yang Berbahagia Dato Haji Sulaiman bin Mohd Karli, Timbalan Ketua Bahagian Tuan Zurihan bin Haji Yusuf, Naib Ketua Bahagian Al Fadhil Ustaz Adeni bin Rolim merangkap Pengerusi Bahagian Biro Islam kami, Ketua Pemuda UMNO Tuan Jeffrizal bin Mohd Jaafar, Naib Ketua Pemuda Tuan Ryzal Hatta bin Mohd Sidek serta barisan AJK kami Biro Hal Ehwal Islam & Wasatiyyah Ummah Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat.
Sukacitanya kami sebagai ahli UMNO juga selaku pejuang akan terus menegakan kebenaran dan jihad berterusan demi agama tercinta Islam semuanya kerana ALLAH SWT. Program yang diatur dengan perancangan sedia ada sedikit sebanyak membantu khasnya pimpinan UMNO dan akar umbi pentingnya penerapan menjadi MUSLIM sejati. Dengan sokongan dan dorongan yang kuat dari semua peringkat semoga cita-cita mencari redha dan keberkatan Illahi adalah keutamaan untuk membawa kearah kecemerlangan dunia dan akhirat.
Akhirnya, apa yang kita usahakan selagi ada cinta dan rindu dengan penuh keikhlasan dan ketaqwaan kepada Allah Maha Esa dan mengikut sunnah Rasulullah Muhammad SAW memberi kesan dalam kehidupan seharian kita apatah lagi menjadi ahli politik UMNO yang taat kepada perintahnya dan meninggalkan larangannya sebagai seorang MUSLIM sejati. Insya Allah dengan Izinnya kita terus berjuang Aliff Baa Taa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan