PM Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak

PM Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
Umara'

PM Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak

PM Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
Umara'

Selasa, 16 September 2014

TAAT SETIA RAKYAT KUALA LANGAT 2014


16 September 2014 hari Isnin bersamaan 21 Zulqaedah 1435
telah diadakan Gerak Daulat (Himpunan Rakyat Kuala Langat) menjunjung titah DYMM Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj Ibni Al Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj. Gerak Daulat ini bertujuan bukti kasih rakyat terhadap Ketua Negeri ini Selangor Darul Ehsan agar Institusi Beraja ini tidak diusik sama sekali dan dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Lebih dari 2,000 orang hadir menunjukan kesetiaan tidak terbelah bagi Sultan Selangor. Dihadiri kalangan anak muda konvoi bermotor, konvoi kereta dan terutamanya rakyat sekitar Kuala Langat pelbagai kaum dan agama.

Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Laungan ini kedengaran acapkali bila para hadirin dan hadirat penuh semangat berdiri dan mengangkat tangan tanda cinta kasih pada Negeri ini yang dinaungi Ketua Negeri Sultan Selangor. Turut hadir Orang Besar Daerah Kuala Langat Raja Dato Haji Uzair bin Tengku Zainon Rashid Shah, Engku Penggawa Muda Paduka Maha Bijaya. Juga diserikan dengan kehadiran pimpinan Dato Haji Sulaiman bin Mohd Karli, Ketua Wanita Puan Rozana binti Kamaruzzaman, Ketua Pemuda Tuan Jeffrizal bin Mohd Jaafar, Ketua Puteri Cik Asuma Beevi bin Mohamed Sali, Pengerusi MBD (Majlis Belia Daerah) Kuala Langat Tuan Hafez bin Shuriddin, PERKASA Negeri Selangor dan juga pimpinan MIC,Gerakan dan MCA Bahagian Kuala Langat.




Semangat yang ditunjukan amat luar biasa walau berkeadaan basah kuyup terutamanya konvoi bermotor anak muda dari 3 Dun iaitu Dun Sijangkang, Dun Telok Datok dan Dun Morib seramai 300 penunggan motorsikal. Kalangan anak muda puteri pula konvoi berkereta sebanyak 50 buah kereta berjaya dikumpulkan. Majlis yang dilaksanakan di Padang SMK Telok Panglima Garang, dimulakan bacaan Doa, Nyanyian lagu Negara Ku dan Negeri Selangor. Pengacara Majlis dikendalikan oleh Tuan Rahman Yassin. Ucapan penuh bersemangat pimpinan sedia ada menyemarakan lagi diri Rakyat Kuala Langat khasnya kerana setia berdiri dibelakang Tuanku Sultan Selangor dan sanggup mempertahankan institusi beraja ini dari mereka yang tidak bertanggungjawab. Juga sebutan IKRAR Taat Setia dibacakan oleh Ketua Pemuda Tuan Jeffrizal bin Mohd Jaafar dan penyerahan utusan IKRAR Taat Setia kepada Orang Besar Daerah Kuala Langat.


Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Kami AJK BHEAWU Pemuda UMNO Kuala Langat, siapa pun umara' / pemimpin perlu ditaati selagi ia masih menunaikan solat dan sekiranya beliau (yakni pemimpin) melakukan perkara yang melampaui batas / maksiat. Tegurlah seperti baginda Nabi Muhammad SAW bukan mengikut hawa nafsu tanpa panduan. Wallahua'lam.

Isnin, 15 September 2014

Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat 2014

...Perjuangan Belum Selesai...
Atas Kiri : Dato Haji Sulaiman bin Mohd Karli , Ketua Pemuda Tuan Jeffrizal bin Mohd Jaafar.
Bawah Kiri : Naib Ketua Pemuda Tuan Ryzal Hatta bin Mohd Sidek, Tuan Abdul Razak bin Abd.Latif, Tuan Azhari bin Omar, Tuan Zaifudin bin Kadir, Tuan Amiruddin bin Seman, Tuan Mohd Ali bin Hasan@Ibrahim, Tuan Mohd.Asri bin Iskandar, Tuan Mohamad Nizam bin Mohd Nor, Tuan Mohd Reza bin Mohd Rokman, Tuan SU Shahrizan bin Kamarudin, Tuan Syahrulnizam bin Mohd.Mukhsin, Tuan Al Hafizi bin Abu Bakar, Tuan Yahya bin Sidin, Tuan Zakisanawi bin Hashim, Tuan Haidir bin Bohari, Tuan Amirudin bin Mohd Omar, Tuan Mohd Salleh bin Mohamed Kasim, Tuan Ibrahim bin Baharom, Tuan Fuad bin Munawir dan kanan sekali Ustaz Abdul Rahman bin Haji Wiji.

Alhamdulillah selesai sudah Persidangan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat yang telah berjalan dengan lancarnya. Tahniah kepada semua Pemuda UMNO Cawangan-cawangan yang hadir untuk bersidang bagi tahun 2014. Terima kasih juga tidak terhingga kepada pimpinan Pemuda UMNO Bahagian memberi kerjasama dan bertungkus lumus menggerakan pemuda untuk terus bangkit menyatakan hasrat dan memikul tanggungjawab Agama, Bangsa dan Tanahair.

Persidangan yang berlangsung dengan usul yang dibawa dari beberapa ahli pimpinan pemuda dan ucapan amanah dari Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia Tuan Jamawi Jaafar khasnya. Majlis bermula dengan kehadiran tetamu kehormat diiringi selawat, bacaan Doa, nyanyian lagu Negara Ku - UMNO - Pemuda Umno, Ucapan Ketua Pemuda, Ucapan Ketua Bahagian UMNO Kuala Langat dan perasmi Tuan Jamawi Jaafar.

Semoga terus maju dengan jayanya dalam setiap program yang dilaksanakan dan teruslah berjuang semuanya kerana Allah Taala. Menampilkan para Exco Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat hampir kesemuanya muka baru. Tahniah.

Senarai Pimpinan Tertinggi Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat 2013 - 2016 :

Pengerusi Tetap Tuan Abdul Razak bin Abdul Latiff
Timbalan Pengerusi Tetap Tuan Mohd Salleh bin Mohamed Kasim

KETUA PEMUDA Tuan Jefrizal bin Mohd Jaafar
NAIB KETUA PEMUDA Tuan Ryzal Hatta bin Mohd Sidek
PEN.SETIAUSAHA Tuan Shahrizan bin Hj.Kamaruddin
BENDAHARI Tuan Amiruddin bin Seman
KETUA PENERANGAN Tuan Mohd Reza bin Hj.Rokman

EXCO-EXCO
Tuan Zakisanawi bin Hashim
Tuan Mohd Ali bin Hasan@Ibrahim
Tuan Yahya bin Sidin
Tuan Mohamad Haidir bin Bohari
Tuan Syahrulnizam bin Mohd Muksin
Tuan Al Hafizi bin Abu Bakar
Tuan Mohd Asri bin Iskandar
Tuan Mohd Azhari bin Omar
Tuan Sadeli bin Salatin
Tuan Abdul Rahman bin Hj.Wiji
Tuan Shahrul bin Tahiri
Tuan Ibrahim bin Baharum
Tuan Yusaini bin Mohd Taslim
Tuan Mohd Fared bin Saadon
Tuan Amirudin bin Mohd Omar
Tuan Fuad bin Mohd Munawir
Tuan Shahrom bin Sabudin
Tuan Mohamad Nizam bin Mohd Nor
Tuan Zaipudin bin Kadir

Setiausaha Kerja Tuan Maulana bin Mohamad Ariff

Selasa, 9 September 2014

HIJMA dan UKE 2014

Jom Imarahkan Ceramah Ini


Assalamualaikum wbt....
Syukur kehadrat illahi atas kurniaannya dan marilah berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Atas jemputan dari pihak HIJMA Kuala Langat atau singkatannya Himpunan Jemaah Muslim dibawah pimpinan Pengerusinya Tuan Razali bin Haji Nasir. Penaung HIJMA Orang Besar Daerah Kuala Langat Raja Dato Haji Uzair bin Tengku Zainon Rashid Shah, Engku Penggawa Muda Paduka Maha Bijaya. HIJMA bakal mengadakan satu sesi Ceramah Umum memperkenalkan Penceramah Bebas Al Fadhil Ustaz Kazim Elias pada hari raya Aidil Adha 2014 / 1435H ini.

Kami mengalu-alukan kepada pembaca blog kami serta rakan taulan mengajak bersama jayakan program ini semoga dapat memanfaatkan ilmu dan semoga mendapat rahmat berkat Allah dalam majlis ilmu ini.
Salam - Lah Ahmad

Ceramah Umum ini berkaitan dengan sambutan Hari Raya Aidil Adha dan Kutipan Dana Untuk Palestin. Tarikh, masa, tempat dan hari akan dimaklumkan semula oleh pihak penganjur. Harapan besar dapatlah kita hadirkan diri ke Majlis ini dengan penuh penghayatan menyelami besarnya erti Hari Raya Korban / Aidil Adha ( Kisah Nabi Ibrahim AS bersama anak tercinta Nabi Ismail AS ) dan kutipan khas untuk Palestin. Hulurkan derma dan doa untuk kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin.

Ahad, 7 September 2014

MAJLIS TAALIM SIRI SATU



Alhamdulillah,
Segala Pujian Bagi ALLAH,
Telah mengadakan pertama kali dalam Biro Hal Ehwal Islam & Wasatiyyah Ummah Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat berjaya diadakan untuk memanfaatkan ilmu dan mengamalkan cara hidup muslim sejati.

Majlis Taalim / Majlis Ilmu :
Berkenaan Ilmu Tauhid / singkatannya i.t adalah ilmu yang wajib dipelajari untuk mengenal Allah. Perlu diterapkan dalam diri setiap muslim bahawa Allah jadikan kita dan alam ini untuk kita berfikir tentang kebesaran dan wujudnya Ia. Tujuan Majlis Ilmu bersiri ini bertajuk Allahu Rabbi "tak kenal maka tak cinta" memberi kefahaman jelas agar keyakinan kita kepada Allah termasuk dalam Rukun Iman yang pertama Percaya Kepada ALLAH.

Penerangan :
Terima kasih terutama  Keluarga En.Amirrudin bin Haji Wiji dan isteri Puan Norhayati binti Jasman kerana telah meletakan kepercayaan kepada kami BHEAWU untuk majlis taalim yang akan diadakan sekali dalam setiap bulan di Laman Santai 3triwulan (rumahnya). Kesanggupan membiayai Penceramah, makan minum, edaran, pa sistem dan selainnya. Semoga Allah beri rahmat dan berkat keatas keluarga ini.

Penerangan 2 :
Makluman ianya tiada kaitan menceritakan perihal POLITIK tetapi lebih utama saranan ilmu agama yang disampaikan oleh penceramah dan tujuan sebenar ialah menjadikan ilmu dan mengamalkan ia dalam konteks menjadi muslim sejati. Berusaha mendapatkan kebenaran dari pihak polis / PDRM dan bekerjasama dengan penceramah bertauliah dibawah Jabatan Agama Islam Selangor. Biro ini dipertanggungjawabkan untuk pengurusan dan pengendalian program berjalan dengan baik. 


Perjalanan Program :
Tuan Penaja Junur Budi
Bermula jam 9.00 pagi pada 06 September 2014 hari sabtu, kami menyambut tetamu dari ahli keluarga terdekat Encik Amirrudin dan Puan Norhayati juga Warga Kampung Seri Cheeding, Warga Wisma Antik Al Ridzuan dari Kg.Delek Kanan, Pengerusi Jkkkp Seri Cheeding Tok Mohd Noh bin Haji Kartodjayo dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat Tuan Jeffrizal bin Mohd Jaafar. Kehadiran yang dinanti-nantikan Al Fadhil Penceramah Ustaz Haji Husaini bin Haji Sirat adalah Penceramah Bertauliah bimbingan Tabung Haji dan JAIS Negeri Selangor. Majlis Ilmu dengan bertajuk Allahu Rabbi "Tak Kenal Maka Tak Cinta." Jam 9.30 pagi hingga 10.45 pagi ceramah disampaikan. Selesai ceramah disusuli dengan sumbangan edaran untuk baikpulih bangunan dan prasarana Wisma Antik juga tuan rumah memberi cenderahati kepada penceramah dan tetamu jemputan. Program terakhir tuan rumah menjemput kepada hadirin dan hadirat untuk menjamu selera makanan yang disediakan. Hampir 60 orang hadir dalam majlis taalim ini.







Pengenalan

Logo Awal (BHEAWU)
Assalamualaikum wbt....
Salam Perjuangan Salam 1Malaysia,
Alhamdulillah segala pujian bagi Allah yang telah mengurniakan kepada hambanya pelbagai nikmat untuk disyukuri bersama. Marilah bersama kita perbanyakkan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Kami Biro Hal Ehwal Islam & Wasatiyyah Ummah pimpinan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat. Pengerusinya Al Fadhil Ustaz Abdul Rahman bersama Naib Pengerusi Tuan Shahrom merupakan Exco Pemuda UMNO Bahagian.

Sekalung penghargaan buat Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat Yang Berbahagia Dato Haji Sulaiman bin Mohd Karli, Timbalan Ketua Bahagian Tuan Zurihan bin Haji Yusuf, Naib Ketua Bahagian Al Fadhil Ustaz Adeni bin Rolim merangkap Pengerusi Bahagian Biro Islam kami, Ketua Pemuda UMNO Tuan Jeffrizal bin Mohd Jaafar, Naib Ketua Pemuda Tuan Ryzal Hatta bin Mohd Sidek serta barisan AJK kami Biro Hal Ehwal Islam & Wasatiyyah Ummah Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat.

Sukacitanya kami sebagai ahli UMNO juga selaku pejuang akan terus menegakan kebenaran dan jihad berterusan demi agama tercinta Islam semuanya kerana ALLAH SWT. Program yang diatur dengan perancangan sedia ada sedikit sebanyak membantu khasnya pimpinan UMNO dan akar umbi pentingnya penerapan menjadi MUSLIM sejati. Dengan sokongan dan dorongan yang kuat dari semua peringkat semoga cita-cita mencari redha dan keberkatan Illahi adalah keutamaan untuk membawa kearah kecemerlangan dunia dan akhirat.

Akhirnya, apa yang kita usahakan selagi ada cinta dan rindu dengan penuh keikhlasan dan ketaqwaan kepada Allah Maha Esa dan mengikut sunnah Rasulullah Muhammad SAW memberi kesan dalam kehidupan seharian kita apatah lagi menjadi ahli politik UMNO yang taat kepada perintahnya dan meninggalkan larangannya sebagai seorang MUSLIM sejati. Insya Allah dengan Izinnya kita terus berjuang Aliff Baa Taa.